Anda ada rumah yang anda beli guna pinjaman LPPSA (Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam). Sekarang anda tengah fikir nak jual rumah. Boleh ke jual? Macam mana cara jual rumah loan kerajaan ni? Siapa yang akan selesaikan hutang anda? Jom ikuti.
Boleh Ke Jual Rumah Yang Masih Ada Loan Kerajaan?
Jawapan ringkasnya:
Ya, anda boleh jual rumah yang masih ada hutang pinjaman kerajaan. Pembeli yang akan selesaikan pinjaman anda dan bayar keuntungan.
Nampak macam senangkan. Tapi macam mana caranya?
Proses Jual Rumah Loan Kerajaan
Prosedur jual rumah loan kerajaan ni adalah seperti berikut:

1) Tandatangan perjanjian jual beli
Bila pembeli dah dapat pinjaman, anda dan pembeli akan tandatangan perjanjian jual beli yang peguam sediakan.
Mereka juga akan bantu penjual untuk buat pindah milik kepada pembeli.
2) Peguam minta bank pembeli untuk jelaskan hutang LPPSA
Peguam akan mohon supaya bank pembeli bayar baki hutang pinjaman kerajaan anda.
Bayaran baki hutang penjual ini kita panggil sebagai bayaran pertama atau ‘first disbursement’.
Bayaran pertama ni penting sebab nak keluarkan geran asal rumah penjual dari LPPSA.
Bila dah dijelaskan, peguam akan terima geran asal tersebut.
Keseluruhan proses ini kita panggil sebagai pelepasan gadaian atau ‘discharge of charge’.
3) Peguam buat pindah milik dan cagarkan geran ke bank pembeli
Peguam kemudian buat pindah milik geran tu kepada nama pembeli.
Bila nama dah didaftarkan, geran tu dicagarkan pula kepada bank pembeli.
Kenapa kena cagar?
Mestilah bank nak geran tu sebagai jaminan yang pembeli akan bayar hutang. Kalau tak mereka akan lelong rumah tu.
4) Bank bayar keuntungan
Peguam juga akan mohon untuk bank pembeli bayar baki keuntungan anda. Bank pembeli akan bayar amaun tu kepada peguam.
Peguam akan tolak kos-kos yang terlibat (jika ada) dan kemudian buat bayaran kepada penjual.
Berapa Lama Proses Jual Rumah Pinjaman Kerajaan Ni
Proses jual rumah pinjaman kerajaan ni lebih lama dari biasa. Saya boleh kata mungkin perlukan tambahan masa dua ke tiga bulan dari loan bank.
Anda boleh rujuk artikel saya tentang Berapa Lama Proses Dan Tempoh Dapat Duit Jual Rumah.
Dalam artikel tu saya ada berikan anggaran masa untuk selesaikan proses jualan rumah.
Dari jangkamasa yang saya berikan, tambahkan lagi tiga bulan untuk loan LPPSA.
Penutup
Macam tu lah cara jual rumah loan kerajaan ni. Anda tak perlu risau sebenarnya, sebab proses tu peguam akan buat.
Ringkasnya saya simpulkan prosesnya macam ni:
- Tandatangan perjanjian jual beli
- Peguam minta bank pembeli bayar baki loan LPPSA anda
- Peguam buat pindahmilik dan cagarkan geran kepada bank pembeli
- Bank pembeli bayar keuntungan anda melalui peguam
Sekian sahaja dari saya. Semoga artikel ini bermanfaat. Berikut artikel lain yang boleh membantu anda:
Saya nak jual rumah. Pembeli dah ada dan dia dah lantik peguam. Adakah saya pun perlu ada peguam jugak? Jika tak perlu, adakah saya boleh tanya/minta/contact peguam yg dilantik oleh buyer tersebut utk update maklumat dan detail proses jual beli?
Salam. Penjual boleh lantik atau boleh pilih untuk tidak diwakili. Kalau tidak diwakili, peguam pembeli tu akan buat beberapa kerja untuk selesaikan pindah milik bagi pihak encik. Masih ada kos, tapi lebih murah berbanding lantik peguam sendiri. Apa pun perlu diingat, peguam tu adalah peguam pembeli.
Salam, boleh tahu berapa lama aggaran proses lowyer menjelaskan baki pinjaman LPPSA kalau guna pinjaman bank? boleh ke nak semak nilai hartanah di Johor,
Salam tuan:
1. Rumah tu freehold atau leasehold ya?
2. Saya mohon maaf, saya tak cover area Johor tu.