Cara Jual Rumah Loan Kerajaan. Mudah Je Rupanya.

Anda ada rumah yang anda beli guna pinjaman LPPSA (Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam). Sekarang anda tengah fikir nak jual rumah. Boleh ke jual? Macam mana cara jual rumah loan kerajaan ni? Siapa yang akan selesaikan hutang anda? Jom ikuti.

Boleh Ke Jual Rumah Yang Masih Ada Loan Kerajaan?

Jawapan ringkasnya:

Ya, anda boleh jual rumah yang masih ada hutang pinjaman kerajaan. Pembeli yang akan selesaikan pinjaman anda dan bayar keuntungan.

Nampak macam senangkan. Tapi macam mana caranya?

Proses Jual Rumah Loan Kerajaan

Prosedur jual rumah loan kerajaan ni adalah seperti berikut:

cara jual rumah loan hutang pinjaman kerajaan lppsa

1) Tandatangan perjanjian jual beli

Bila pembeli dah dapat pinjaman, anda dan pembeli akan tandatangan perjanjian jual beli yang peguam sediakan.

Mereka juga akan bantu penjual untuk buat pindah milik kepada pembeli.

2) Peguam minta bank pembeli untuk jelaskan hutang LPPSA

Peguam akan mohon supaya bank pembeli bayar baki hutang pinjaman kerajaan anda.

Bayaran baki hutang penjual ini kita panggil sebagai bayaran pertama atau ‘first disbursement’.

Bayaran pertama ni penting sebab nak keluarkan geran asal rumah penjual dari LPPSA.

Bila dah dijelaskan, peguam akan terima geran asal tersebut.

Keseluruhan proses ini kita panggil sebagai pelepasan gadaian atau ‘discharge of charge’.

3) Peguam buat pindah milik dan cagarkan geran ke bank pembeli

Peguam kemudian buat pindah milik geran tu kepada nama pembeli.

Bila nama dah didaftarkan, geran tu dicagarkan pula kepada bank pembeli.

Kenapa kena cagar?

Mestilah bank nak geran tu sebagai jaminan yang pembeli akan bayar hutang. Kalau tak mereka akan lelong rumah tu.

4) Bank bayar keuntungan

Peguam juga akan mohon untuk bank pembeli bayar baki keuntungan anda. Bank pembeli akan bayar amaun tu kepada peguam.

Peguam akan tolak kos-kos yang terlibat (jika ada) dan kemudian buat bayaran kepada penjual.

Berapa Lama Proses Jual Rumah Pinjaman Kerajaan Ni

Proses jual rumah pinjaman kerajaan ni lebih lama dari biasa. Saya boleh kata mungkin perlukan tambahan masa dua ke tiga bulan dari loan bank.

Anda boleh rujuk artikel saya tentang Berapa Lama Proses Dan Tempoh Dapat Duit Jual Rumah.

Dalam artikel tu saya ada berikan anggaran masa untuk selesaikan proses jualan rumah.

Dari jangkamasa yang saya berikan, tambahkan lagi tiga bulan untuk loan LPPSA.

Penutup

Macam tu lah cara jual rumah loan kerajaan ni. Anda tak perlu risau sebenarnya, sebab proses tu peguam akan buat.

Ringkasnya saya simpulkan prosesnya macam ni:

  • Tandatangan perjanjian jual beli
  • Peguam minta bank pembeli bayar baki loan LPPSA anda
  • Peguam buat pindahmilik dan cagarkan geran kepada bank pembeli
  • Bank pembeli bayar keuntungan anda melalui peguam

Sekian sahaja dari saya. Semoga artikel ini bermanfaat. Berikut artikel lain yang boleh membantu anda:

Leave a Comment

86 thoughts on “Cara Jual Rumah Loan Kerajaan. Mudah Je Rupanya.”

    • Dokumen untuk jual rumah LPPSA ni sama sahaja dgn jualan biasa. Penjual perlu dokumen berikut:
      1) Salinan IC
      2) Salinan geran
      3) Salinan perjanjian jual beli
      4) Bil cukai pintu & tanah

  1. Salam tuan.
    Jika saya jual rumah (masih dalam pinjaman LPPSA) dengan harga ‘loss’ dari harga saya beli 5 tahun dulu,
    1) Bagaimana dari segi ‘top up balance’, bila dan bagaimana harus saya buat?
    2) Adakah ‘balance loan (lppsa) payable’ saya adalah mengikut baki di penyata online ataupun lppsa akan considerkan amaun lain?

    Reply
    • Salam. Jika encik jual dengan harga bawah baki pinjaman, biasanya peguam akan minta difference tu masa sign S&P dengan pembeli.

      Tentang balance loan, saya mohon maaf sebab tak pernah tengok statement online tu. Tapi apa pun, baki pinjaman encik tu akan kira kadar keuntungan terakru sampai bulan semasa sahaja (bukan sampai habis tenure loan). Jika bayaran tu tepat masa, loan encik tu takkan melebihi principal loan amount. Saya rasa, dekat statement tu dia akan tunjuk baki pada bulan semasa.

  2. Assalamualaikum Tuan, jika saya ingin menjual rumah yg dibeli m’gunakan pinjaman LPPSA (msh dlm pnjmn).. kemudian pembeli pula bercadang untuk membeli menggunakan pinjaman LPPSA juga. Bagaimanakah caranya?

    Reply
    • Salam Puan Suraya. Untuk kes puan ni, pembeli dapatkan khidmat peguam untuk buat perjanjian jual beli. Lawyer kemudian akan bantu buat permohonan pinjaman LPPSA dan pindah milik. Pinjaman LPPSA pembeli akan selesaikan baki pinjaman LPPSA puan.

    • Salam tuan. Proses jualan rumah untuk LPPSA ni sama sahaja macam proses jualan rumah biasa. Bila ada pembeli, bank pembeli akan jelaskan hutang LPPSA encik.